Syeikh Ahmad Yassin - Tokoh Ikhwan Yang Menubuhkan HAMAS di Palestine.
Kehidupan Awal Syeikh Ahmad Yassin
Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan d sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal d dalam wilayah Asqalan pd thn 1938, dia telah dbesarkan di sana sehingga thn 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestine, dia & keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar sebagai seorang pelajar yg cemerlang d dalam pelajarannya & beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada d sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yg aktif d zaman persekolahannya. D zaman mudanya, beliau telah ditimpa kemalangan, dimana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yg menyebabkan beliau mengalami lumpuh pd bahagian kakinya.
1964, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams d Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tdk sampai ke penghujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dgn Ikhwan Muslimin pada tahun 1966.
Beliau telah dihantar semula ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru Bahasa Arab & juga khatib d Masjid Gaza.
Dlm masa yg singkat shj beliau telah menjadi terkenal dlm dikalangan penduduk Gaza dgn khutbah-khutbahnya yg sangat memikat hati pendegar dgn msj kembali kpd kemuliaan Islam terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis keatas Gaza pada thn 1967. Selain drpd dua tugas utama tersebut, masyarakat Palestine d Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai petugas kebajikan & juga pendakwah yg gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dgn didikan Islam.
1973, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yg menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestine yg diberikan nama Mujamma al-Islam.NGO berwajah kebajikan ini telah menyantuni ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, orang-orang tua dan pelbagai gerakerja kebajikan yg lain.
HAMAS: Saat Langit Palestine Berwarna Merah Saga
0 Responses